Nuffnang adds

sElaMaT dAtAng ke BeloG YaYa ^_^ !!!!

Tuesday, 15 October 2013

salam Aidil Adha



Assalamualaikum readers :)

harini 16 oktober bersamaan 10 Zulhijjah 1434 . hari ke 2 sambutan perayaan terbesar buat seluruh umat Islam iaitu hari raya Haji . pastinya perayaan ini disambut dengan meriah dan disebalik erti 'pengorbanan'  , ia mampu dihayati dan diselami mengenai kisah sejarah agung itu .

setiap orang pastinya pernah melakukan pengorbanan tak kiralah dari segi fizikal mahupun rohani . "pengorbanan"  itu sendiri telah membawa erti besar kepada setiap pelakunya. walhal , pengorbanan ini merupakan amalan yang telah wujud semenjak manusia diciptakan lagi dan ianya jelas diceritakan dalam kitab suci al-Quran mengenai pengorbanan pengorbanan yang telah dilakukan oleh para nabi . kisah pengorbanan keturunan nabi Adam a.s iaitu Habil dan Qabil . dan yang paling penting , umat Islam sendiri dapat menyelami kisah pengorbanan suci Nabi Ibrahim yang diperintahkan suoaya mengorbankan anaknya , Ismail . kisah yang dapat menunjukkan betapa tingginya taqwa kepada Allah SWT .  sebagaimana kita mengetahui pengorbanan yang ikhlas itu , tinggi darjatnya di sisi Allah SWT .

pada hari ini juga , berjuta juta umat Islam berkumpul di Tanah haram , Mekah al mukarramah untuk menunaikan rukun Islan yang ke 5 iaitu ibadah Haji . pengorbanan sedemikian mendekatkan diri kepada Allah , memperlihat penyatuan umat Islah dari seluruh dunia tidak kira apa bangsa mereka miskin kaya . semua sama sahaja .


Hari Raya Haji kalini , aku beraya di Klang . sama seperti tahun tahun yang sebelumnya . dan paling menarik  sekali setiap kali menyambut perayaan ini , aku dapat melihat sendiri penyembelihan haiwan dilakukan . secara real . walaupun agak sukar pada mulanya untuk mendapat pengalaman macam ni disebabkan perasaan takut dan kasihan serta ngeri . hehe . kali ni di tempat aku , 2 ekor lembu , 8 ekor kambing termasuk 4 biri biri .. tumpass . hehe . dan kesemuanya disaksikan oleh sku sendiri .  aku masih teringat masa kecil kecil dahulu . perkataaan pertama yang keluar dari mulutku kepada mama bila aku lihat qurban dilakukan "mama, dia(lembu) tak sakit ke?" hmm . haha . apa jenis soalan lah aku bertanyakan . tapi mama senyum je . mama jawap.. "dia mestilah sakit . tapi matinya dia adalah dalam keadaan yang redha dan rela . inikan ibadah mulia . dia adalah haiwan yang terpilih untuk di qurban kan waktu ini " itulah serba serbi jawapan yang aku still ingat . hehe

walau apapun , selain dapat menyelami kisah sejarah pengorbanan , di hari ini juga aku gembira kerana juadah makanan tak kurang hebatnya . hehe . daging2 semua di bahagi bahagikan kepada para penduduk dan selebihnya di masak untuk dibagi makan kat surau tu juga . hidangan yang sentiasa menjadi pilihan semestinya sup gear box . sedapppppppppp . umph . setelah selesai semua , aku pun beransur pulang sambil membawa daging daging haiwan qurban berkenaan dengan hati senang sekali *dalam kepala dah terpikir nak dibuat steak rasanya . haha :P

maka, berakhirlah kisah disini . jumpa lagi . bye

-yaya




No comments:

Post a Comment