Nuffnang adds

sElaMaT dAtAng ke BeloG YaYa ^_^ !!!!

Monday, 21 October 2013

apa kaitan cinderella dengan rojak singapore aku


assalamualaikum dan salam isnin semua . hiihii

harini isnin . hari paling kurang digemari semenjak di bangku sekolah lagi . dan ianya terbawa bawa sampai ke dewasa . harini serba kucar kacir . terlambat pergi kerja . bekalan makanan tertinggal . itu kira ok lagi .
disebabkan kelam kabut, aku jalan dengan lajunya . menuju officeku di menara SAAS . macam biasa aku akan turun ikut tangga . entah kenapa dengan aku harini , jalan laju semacam menuruni anak tangga yang tinggi . dengan keadaan anak tangga yang kecil dan menjunam . seakan akan aku bakal turut terjunam sekali . ngeri .

langkah punya langkah . aku lupa yang aku semakin laju . dan . 'opocot mak kau' ! *aku nyaris nyaris tersungkur kedepan . bayangkan 3 anak tangga aku langkau dek nak terjatuh . mujur aku landing dengan baik dan natural . dan ! yang paling bes sekali bila kasut aku dah tak ada kat kaki . panik kott . tercampak mana .  aku pun pandang tangga .... and guess what ?? kasut aku cantik terletak megah di anak tangga tu . 

seriouslyyy ???!!! 

haha . adakah ini petanda bahawa impian kian jadi kenyataan . adakah ini petunjuk bahawa si tuan putera akan muncul ? dan benarkah aku bakal ditabalkan sebagai the 'next cinderella" wehu . haha #muntah -_-



balik kerja , aku singgah pasar dekat rumah aku . dan semestinya menu ni aku cari . mengidam 








ini dia rojak singapore yang menjadi kegilaan aku . sekali beli rm20 kena ada dalam tangan . hihi . 

yang penting aku puas dapat makan . dah lama woo tak dapat ni . duduk melaka tak ada tau benda ni . 

oklah bai . 

-yaya :)

No comments:

Post a Comment