Nuffnang adds

sElaMaT dAtAng ke BeloG YaYa ^_^ !!!!

Sunday, 17 March 2013

Syabab Musafir Kasih

Assalamualaikum...


da lame menyimppan buku ni..

selama berbulan bulan terletak elok je kt meja studi

tak terusik

tak terbuka

hanya menunggu hari hari yang free untuk merungkainya

dan semalam, bila dah rasa bosan sangat duk kolej sorang sorang gara gara roommate sumer pulang ke kampung halaman masing masing,

tiba2 datang aura nk habiskan baca buku ni hanya 1 malam. pecaya?

kenapa 1 malam?

sebab bila dah start bace, sumpah! susah gila nak berhenti.

the most important thing is, buku ni sangat best! 1 karya fatimah Syarha yg memang terbaik.

macam2 emosi bole rase bile baca buku ni, sedih, terharu, terkejut dan paling tak sangka ending dia.

aku btul2 terkejut dengan ending dia. memang tak terfikir lah . haha tp mmg best!

selain tu, byk elemen keislaman yg mmg menjadi trend dlm buku ni. byk sangat nasihat dan pengetahuan dalam buku ni. lagi sekali aku cakap buku ni ...mmg best!

dah siap bace, bole pulak aku promote kt budak2 se level bilik ngan aku . bebudak ni, novel2 camni mane nk hairan. sumer sebok novel cinta bagai.

apela...haha

btw, sape nk pjm buku ni meh dtg bilik aku . tfh 2202. haha

k:bai






Friday, 8 March 2013

lupakah dia? TT__TT

assalamualaikum.. suam2 je harini

sesungguhnya ia permulaan sesuatu yang menyedihkan

agak sukar untuk menerima kenyataan ni..

yang sememangnya dia dah lupa!........

~~~

lupakah dia tentang cerita 3 semester yang lepas?

lupakah dia siapa yg sentiasa ada dibelakangnya?

lupakah dia siapa yg masih ada disaat org tidak mempedulikan ?

lupakah dia siapa yang pernah baik dgnnya?

lupakah dia siapa yang sentiasa bertanyakan hal tentangnya?

lupakah dia siapa yang selalu bertanyakan khabarnya?

lupakah dia siapa yang selalu bergurau dengannya?

lupakah dia yang "siapa" itu masih disini?

lupakah dia yang "siapa" itu masih mengikuti perkembangannya lagi?

lupakah dia yang "siapa" amat terguris dengan sikap barunya ini



mungkin dia x perasan, lupa, atau pun sengaja.

disebabkan dia sekarang punya yang lebih hebat, perfect, ataupun dia mungkin dah berjaya mewujudkan konco-konconya sendiri..

tapi x mengapa.

rasa terkilan dalam diri ini tetap ada, cuma...

kalaulah dia betul2 lupa semua itu,

biarlah dia lupa terus saat pertama kali ikatan ukhuwah ini terjalin

saat pertama kali tercetusnya ikatan ini.

biar dia lupa terus!

biar tidak ada apa-apa lagi yang mengingatkannya.

biar dia dengan suasana barunya sekarang

biarkan dia!

i'm no regret

and i'm no doubt!

when i say it, trust me.

i hate u!

TT__TT


Monday, 4 March 2013

ada apa Melaka? (1)

Assalamualaikum :)

Entry kali ini sy akan focus kan kepada Negeri Melaka.
banyak benda yang nak diceritakan tentang Melaka.

persoalannya.

kenapa Melaka?
dan kenapa mesti Melaka?
hewhew

sebab melaka adalah rumah kedua sy! tempat sy meneruskan pengajian dalam bidang diploma pengurusan pelancongan. melaka area manee? sudah tentula alor gajah. tp kan, orang takkan mention name tu. orang lebih prefer claim UiTM Lendu rather dan UiTM alor gajah. kenapa? sebab dalam alor gajah ada kampung nama Lendu. dan disitulah terletaknya kampus kami..(the best explanation) hewhew
tak lupa..disini juga tempat sy bertemu membe2 dari seluruh pelusuk Malaysia. heheh.

ok. hidup sebagai anak perantauan ni mmg x terasa la kalau tak berjimba2 sekali sekala kat sini..bhahaha. tp berjimba kami lain sikit. mostly kepada yg baik2 je. bukan mcm orang tu ashik2 cucuk langit je (adib la sape lg)
 baiklah lupakan pasal dia.

setiap hari (eh?) kami punya rutin kami yg tersendiri. terutamanya bab MAKAN!! bile tang makan ni..bukan sembarangan tau, pasal ade port2 terpilih saja untuk melakukan aktiviti tersebut. huargh huargh (ayat cm dlm buku teks sajee). dan yg paling bes nye, orang2 melaka ni sume pandai masak. masakan diorg mmg sedap weh. membuatkan aku jatuh cinta sekejap kt Melaka.

sarapan :

bila tang sarap, memang tak sah kalau tak lepak warung SUNTAI!! (nama sebenar Sungai Petai)hewhew. sukatila nak gabung pun kehkeh. makanan kat sini memang best! it has variety of food! mostly sedap dan yang ta best nye pasal suntai ni, cepat habes!. pasal ramai sangat bebudak U ni suka lepak sini.


antara menu yg menjadi kegilaan : mcm2 jenis roti caney (super lembut dan rangup). mee kari daging/ayam, soto, masakan panas, sup, nasi lemak, mee rebus, dan lontong.

lunch :

bile masuk tengahari, of course la warung Kelemak!
sumpah murah wehhh! bile  dah hidup sebagai anak perantauan ni, kenelah bejimat.
ni pon sedap. menu yang menjadi kewajipan bile aq mai sini, sudah tentulah keli sambal die. meletop oi. sedap.

malam :

haaa....yang ni aku suke. aku, farasaje n yanyswari suke dtg sini.
'ayang station" nama kedai nya. terletak betul2 kat simpang kampung Lendu.
nasi goreng kampung die, cek habaq mai. mmg superb!! curlass!!

maka dgn itu. ia tersenarai sebagai menu kewajipan kami. bhahaha.


baiklah, setakat ni je dulu dlm segmen 'ada apa Melaka" byk bende sbenarnye nk citer pasal melaka nih. tunggu next update.

:)





Friday, 1 March 2013

terhenti disini.

sedang ku membaca wajahmu..

senyuman mu menggambarkan sesuatu..

jika kau fahami isi hatiku..

ku tak ingin waktu henti tanpamu.

dirimu menyalahkan sebuah erti..

tapi diriku masih terhenti disini

dan jalan ku masih belum dapatku pasti..

namun diriku masih..

terhenti di sini..

andai kau dapat memahami..

bahawa ku menanggung semua ini

bukan niatku ingin kau pergi

kerna ku masih

terhenti disini..

tiada daya untuk..

ku lakukannya, kau tiba!

diwaktu ku masih mempunyai cinta..

kerna ku masih

terhenti disini.

:)