malam tu... aku berasa amat sejuk sekali
nyaman...dan sepi .
ku lihat rakan sebilikku semuanya sudah lena dibuai mimpi indah.
entah kenapa aku rasa malam ni aku tidak selesa sangat
malah aku langsung tidak mengantuk sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 2.15 pagi.
kadang - kadang aku dapat merasakan yang bulu roma aku meremang.
"ahhh..tiada apa-apalah. perasaan je kot"
aku cuba menyedapkan hatiku sendiri.
untuk menghilangkan rasa yang resah ini, aku pun membuka komputer ribaku untuk menonton movie.
aku memilih menonton cerita xxxxx.
jalan ceritanya agak lembap.
senyap..
lantas membuatkan aku rasa mengantuk.
akhirnya aku tertidur dihadapan komputer ribaku. dan kini,
komputer ribaku sedang melihat aku. :)
~~~~~~~
"Yan! Yan!"
aku terjaga. ada seseorang sedang memanggil namaku.
"Yan!" suara itu bergema lagi
bunyi itu seakan-akan datang dari luar depan pintu.
dan suaranya seperti ku kenal..
dengan perlahan-lahan , aku membuka pintu bilikku.
aku lihat Dean didepanku!
aku dapat lihat dengan jelas.
mukanya pucat .
terserlah raut wajahnya yang muram . sedih
gayanya sama seperti aku mimpikannya dahulu.
berjersi biru. bola di tangan.
berpeluh-peluh .
laju nafasnya.
macam terkejar-kejar sesuatu. kelam kabut.
"Yan...maaf kerana sentiasa mengganggu awak.
sebenarnya...sebenarnya.."
ujarnya perlahan dan teragak-agak.
"saya perlukan bantuan awak. awak kena tolong saya.
awak kena ikut saya. " sambungnya,
"...kemana?" soalku
"awak kena ikut saya. tolong saya. "balasnya
"tapi kemana.."
Dean hanya tunduk dan menunding jari kearah dewan blok E itu.
selepas itu.
selangkah demi selangkah Dean jauhkan diri kepada aku.
aku bingung.
"Dean......!" panggilku..
Dean semakin menjauhkan diri dariku. dan dalam kepekatan malam itu
dia hilang....
aku bertambah bingung.
dan kebingungan serta misteri Dean itulah telah membuatkan aku terjaga daripada tidur.
aku tertidur semasa sedang menonton movie dan aku mimpikan Dean.
tapi aku tidak terkejut.
memang itulah aku harapkan selama ini.
aku mengharapkan yang bayangan Dean dapat muncul kembali untuk aku mendapatkan petunjuk mengenai misteri dirinya.
dan akhirnya, ia muncul jua.......
~~~~~~~~
pagi ini aku tidak sabar-sabar menunggu tamatnya waktu persekolahan.
ada sesuatu benda yang aku perlu lakukan.
aku pasti.
aku yakin.
bayangan Dean malam tadi sebenarnya adalah petunjuk kuat terhadap misteri ini.
aku nekad.
bersama temanku, Alia,
kami sama sama menuju ke blok E dibelakang sekolah!
...kami sama2 menuju kearah stor itu.
perlahan lahan kami membuka pintunya.
usang,
busuk.
berhabuk.
kotor.
semak.
gelap.
besar.
menyeramkan
itulah tanggapan kami berdua apabila memasuki blok itu.
sememangnya ia benar!
setelah hampir setengah jam kami didalam, aku berasa tiada apa-apa yang pelik sebenarnya.
aku tidak tahu apa yang aku ingin cari sebenarnya.
akhirnya aku memutuskan untuk keluar sahaja.
sedang aku berjalan keluar , Alia terjatuh.
kakinya tersadung pada pemegang besi yang berada di lantai.
apabila aku amati, rupanya itu adalah pemegang pintu . dan pintu itu sudah tentunya menuju ke ruang bawah tanah!.walaupun saiznya kecil. tapi ia mampu dimasuki oleh orang dewasa.
pintu itu amat ketat sekali.
kami cuba membukanya sampai dapat.
akhirnya kami berjaya. pintu itu dapat dibuka.
gelap.
ruang bawah tanah itu amat gelap.
dengan berbekalkan lampu suluh yang kami bawa, aku menyuluh kedalam ruang itu.
and guess what ? ??????????????
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
~
hari ini, 26 april 2012, jam 4.59 petang
SMK Raja Muda menjadi gempar dengan penemuan sebuah rangka manusia di blok E (stor lama).
rangka manusia itu disyaki telah terkurung lama diruang bawah tanah blok itu selama hampir 5 tahun.
kawasan sekolah kini telah ditutup sementara waktu bagi memberi ruang terhadap penyiasatan polis dan para forensik dilakukan.
polis menyatakan bahawa, terdapat kesan-kesan retak dan patah di rangka manusia tersebut. disyaki mangsa mungkin telah dipukul dengan kuat sebelum dibiarkan mati.
dan rangka mayat itu adalah Dean!!!
Dean sebenarnya telah dibunuh akibat sifat cemburu pasukan lawan. selepas pasukan Dean memenangi perlawanan peringkat kebangsaan itu, mereka tidak berpuas hati. akhirnya Dean menjadi mangsa.
beberapa hari selepas kemenangan itu, Dean ditangkap dan dibawa ke belakang blok. disitu, dia teruk dibelasah oleh sekumpulan pelajar lelaki. selepas itu, dia ditarik dan dimasukkan ke dalam bilik bawah tanah itu.
sendiri....
hanya itulah yang mampu diungkapkan apabila Dean sendiri menahan setiap kesakitan yang parah di badannya.
dan sendiri juga dia mengahadapi saat kematiannya di dalam ruang yang sempit, gelap, kurang udara itu.
dan setelah hampir 5 tahun berlalu, baru mayatmu dijumpai...
alangkah menderitanya dirimu wahai Faqarudean...
tidak lama selepas siasatan polis dilakukan, pembunuh2 Dean akhirnya menyerah diri dan menerima hukuman yang setimpal.
~~~~~~~~~
setelah semuanya selesai...
keadaan sokalah kembali reda seperti biasa...cuma kisah tragis Dean benar2 melakar sejarah sedih yang pastinya menghantui segenap ruang sekolah itu.
"kring!!!!...kring!!!!
jam loceng pink ku berbunyi
mengejutkan aku agar bangun untuk solat subuh..
dengan gerakan yang lemah, aku bangkit dari tidurku.
terasa nyaman..
senang sekali...
sejuk..
sedang aku meraba2 mencari kaca mata ku di meja kecil sebelah katil, aku ada tepegang sesuatu .
bukan kaca mataku..tapi
ada sekuntum bunga ros merah mekar terlentak elok di sebelah bantalku.
dibawahnya diselitkan sekeping nota putih kecil
ada tulisan di nota itu.
"terima kasih...." isi nota kecil itu
aku tergamam seketika...dan
aku tersenyum.
sememangnya aku tau darimana nota itu datang. ^_^
tapi, hanya aku seorang sahaja yang tahu.......
~~~~~~~~~~~
Dean, seorang pelajar lelaki yang hilang selama ini.
kehilangannya yang menjadi misteri!
mendatangkan persoalan kepada semua pihak
kau hadir dalam mimpi2 ku
rupanya ingin meminta bantuan terhadap nasib dirimu..oh Dean
tiada siapa menyangka, tiada siapa menduga yang nasibmu rupanya berakhir sebegini.
Dean..oohh..Dean..
kasihan dirimu..
semoga kau ditempatkan dikalangan orang yang beriman..
tamat....
(berdasarkan kisah benar)
~~~~~~~


